Nina menghempaskan beg tangannya ke atas katil. Beg plastik yang berisi barang-barang yang dibelinya tadi turut dicampak ke atas katil. Ikatan sanggul rambutnya dileraikan. Nina mendengus geram sambil berbaring di atas katil. Sakit hatinya memikirkan perkara tadi.
“Semua tak kena. Itu salah, ini salah. Benci betul!” jerit Nina. Ditekupnya mukanya dengan bantal, berharap dapat menenangkan hatinya yang lara.
Pintu bilik dibuka dari luar. Suriani masuk sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Hujung minggu begini memang menjadi kebiasaannya pada mereka yang berpasangan untuk keluar berhibur ke bandar. Setelah penat memerah otak belajar sepanjang minggu, hari minggu adalah hari yang dinantikan oleh setiap pelajar. Suriani memandang sekilas Nina yang sedang berbaring di katil.
“Nina, kau baru balik ke? Amboi, shopping sakan nampak,” tegur Suriani.
Nina hanya diam. Lagaknya seperti orang yang sedang tidur. Suriani pelik melihat reaksi temannya. Takkan dah tidur kot? Dihampirinya Nina.
“Nina, kau okey ke ni?” tegurnya sambil mengalihkan bantal yang menutupi muka Nina.
“Nina, kenapa ni?” soal Suriani apabila dilihatnya temannya sedang menangis. Nina hanya diam. Dia bangun dari pembaringan dan duduk bersila menghadap temannya. Disapu air mata yang mengalir di pipi.
“Hakim,” balas Nina sepatah. Masam sahaja mukanya apabila menyebut nama itu.
“Hmm..kali ni dia buat apa pula?” soal Suriani. Faham sangat dia apa yang telah terjadi sebaik mendengar nama itu.
Nina mendengus. Kemudian ditariknya nafas dalam-dalam. Mencari kekuatan untuk bercerita. Mahu diluahkan perasaan geramnya yang terkumpul sejak tadi.
“Tadi kita orang keluar. Kau pun tahu kan? Pergilah makan-makan macam biasa. Then time nak order tu aku order tomyam sebab dah lama sangat tak makan tomyam. Pastu kalau makan tomyam mestilah ada side dishes kan?” Suriani mengangguk mengiyakan pertanyaan temannya.
“Pastu tak pasal-pasal Hakim marah aku. Dia kata aku ni order banyak-banyak bukannya makan habis pun. Membazirlah, nanti gemuklah. Aku geram tau. Bukannya aku suruh dia bayarkan pun. Memanglah selalu dia yang bayarkan tapi kalau dia tak nak bayar pun aku tak kisah. Bukannya aku tak ada duit nak bayar sendiri. Dahlah suara dia kuat masa cakap tu. Budak-budak perempuan yang duduk meja sebelah kita orang aku tengok sengih-sengih pastu bisik-bisik. Aku malu tahu tak!” bentak Nina. Puas hatinya dapat meluahkan segalanya.
Suriani melepaskan keluhan. Beginilah setiap minggu. Orang lain kalau lepas berjumpa mesti gembira. Tapi temannya yang seorang ini sahaja yang lain dari yang lain. Ada sahaja yang tidak kena. Tapi yang kesiannya temannya ini makan hati seorang. Hakim langsung tidak kisah apa yang terjadi.
“Lepas dia marah-marah kau tu, kau tak cakap apa-apa ke kat dia?”
Nina hanya mencebik. Geram mengingatkan kisah siang tadi.
“Tak. Memang cari pasallah kalau aku melawan. Kau bukan tak tahu perangai dia tu. Kalau hitam kata dia, hitamlah jawabnya. Jangan beranganlah aku nak ubah jadi putih.” Balas Nina. Suriani mengeluh. Kalau sudah begitu apa lagi yang boleh dikatakannya. Semua orang pun sedia maklum tentang perangai Hakim.
“Takpelah Nina. Dia buat macam tu pun sebab dia sayangkan kau. Dia nak kau beringat masa berbelanja. Ni kau beli barang-barang ni semua dia tak cakap ape-apa ke?”
“Bisinglah juga tadi. Tapi dalam membebel-bebel tu dia keluarkan duit untuk bayar. Entahlah, aku pun tak faham. Orang lain aku tengok bercinta juga. Tapi tak adalah boyfriend dia orang membebel-bebel. Aku tengok kau tak ada pun kena marah macam aku.” Ucap Nina. Dia mengemas barang-barang yang dicampakkannya sebentar tadi.
“Kadang-kadang aku pun ragu-ragu juga. Betul ke dia sayang aku?” sambung Nina. Riak mukanya sedih sekali. Suriani tidak terkata apa-apa mendengar soalan itu. Jawapan untuk soalan itu tiada padanya. Dia hanya mampu tersenyum memandang sahabat yang kesedihan.
*************************************************************************************************
“You, cepat sikit siap. I tunggu you kat bawah lagi 10 minit. Kalau lambat, siap!” terus talian diputuskan tanpa sempat Nina membalas.
Kelam-kabut Nina bersiap. Kalau 10 minit kata Hakim maka 10 minitlah. Tak berani dia hendak bermain-main. Pernah sekali dulu dia terlambat dari waktu yang dijanjikan mereka, pedih telinganya mendengar bebelan Hakim.
Ketika kelam-kabut menuruni anak tangga asramanya, kaki Nina terpelecok. Nasib baik dia sempat berpaut pada palang tangga kalau tidak alamatnya mencium lantailah mukanya petang itu. Sedang dia mengerang kesakitan, telefon bimbitnye berbunyi. Hakim.
“Hello…”
“Apasal tak turun lagi ni? Kan tadi I cakap 10 minit? You bersiap apa lama-lama sangat ni?”
“Err…I da siap…”
”Habis tu apasal tak turun lagi? You nak I naik jemput you kat depan pintu bilik ke?”
“Bukanlah sampai macam tu. I dah nak turun tangga tapi tiba-tiba terjatuh ni. Tak boleh nak bangun pun ni.”
Adu Nina mengharapkan simpati dari Hakim.
“You ni turun tangga pun boleh jatuh. Boleh tak sekali dalam hidup you buat benda elok-elok? Ada aje yang tak kena. Kalau dah tak boleh bangun mestilah tak boleh jalankan?”
“Hmm…” lemah sekali jawapan Nina.
“…Kalau macam tu tak jadilah kita keluar. I pun dah naik kereta ni. You call Sue minta tolong dia okey. Bye!” kedengaran bunyi panggilan ditamatkan.
Nina tergamam. Dia tak menyangka itu reaksi Hakim. Sangkanya Hakim akan risau dan segera masuk ke asramanya untuk membantu dia. Namun jangkaan kata-kata simpati, tempelak pula yang diterimanya. Seketika air mata menuruni pipinye. Terkilan dengan perbuatan Hakim.
*************************************************************************************************
“Dahlah tu Nina. Janganlah menangis lagi.” Pujuk Suriani. Kasihan dia melihat Nina yang kini berbalut kaki. Rasanya bukan kaki sahaja yang patut dibalut tetapi hati sahabatnya itu juga patut dibalut. Terkilan dengan kata-kata teman lelaki. Benarlah kata orang, kalau kita pukul seseorang itu, sakit kerana dipukul itu mungkin akan hilang. Tetapi jika kita menyakiti seseorang dengan kata-kata, parutnya akan kekal selama-lamanya.
“Sedihlah Sue. Kalau kau dekat tempat aku, kau pon mesti rasa nak menangis je,” balas Nina lemah. Air matanya masih setia di pipi.
“Ya, aku tahu. Sudahlah tu. Kau janganlah sedih sangat.”
“Mana aku tak sedih. Dahlah kaki aku sakit, dia bukannya nak simpati. Marah aku lagi adalah. Pastu boleh dia blah macam tu je.”
Suriani hanya mampu menggosok belakang badan Nina, tanda menyokong sahabatnya. Tak guna dia berkata-kata lagi. Terang-terangan apa yang dilalui sahabatnya itu suatu perkara yang sukar diterima. Sejak kejadian itu, Hakim mendiamkan diri. Tiada pesanan bertanya khabar apatah lagi ucapan maaf membuatkan Nina semakin tertekan.
*************************************************************************************************
Suatu malam ketika Nina sedang menyiapkan tugasannya, telefon bimbitnya berbunyi. Mendengar ringtone sahaja, Nina sudah tahu siapa pemanggilnya. Sungguh malas rasanya mahu menjawab. Malas mahu memberi peluang pada Hakim untuk menyakiti hati. Malas mahu mendengarkan herdikan Hakim. Malas mahu berasa sedih. Malas mahu mengenangkan perbuatan Hakim yang menyakiti hatinya. Seketika kemudian telefonnya sepi. Nina menarik nafas lega. Sebaik dia mencapai telefon bimbitnya, ringtone yang sama kedengaran. Terlanjur Cinta. Nina menekan butang hijau itu dalam keadaan paksa rela.
“Hello,”
”Hi, dear..” kedengaran suara Hakim. Seketika perasaan rindu tiba-tiba menusuk ke hatinya.
“Hmm..,” balas Nina, lemah. Tiada perasaan teruja seperti selalu. Kecil hati barangkali.
“Kaki you dah okey ke?”
“Dah,”
“Baguslah. You tengah buat apa ni?”
“Assignment,”
“I jumpa you kejap boleh tak?”
“Sekarang ke?”
“Sekaranglah. I dah ada kat bawah block you ni. You turun kejap eh?”
“Okey,” kemudian Nina keluar dari biliknya menuju ke tangga menghala ke arah yang dijanjikan tadi. Dari jauh
dilihatnya Hakim berdiri sambil tersenyum. Di tangannya memegang beg.
“Ni untuk you,” ujar Hakim sambil menghulurkan beg kepada Nina.
“Hadiah ke? Tapi hari ni bukan birthday I pun,” ujar Nina kehairanan.
“Memanglah bukan birthday you. I bagi ni sebagai tanda nak minta maaf sebab kecilkan hati you hari tu. Lagi pun takkanlah I nak naik ke block you. You pun tahu tu kan? Sorry eh sayang?” ujar Hakim.
Nina terdiam. Tak sangka Hakim sedar akan hal itu. Pada hal sebelum ini beriya-iya dia mengutuk Hakim tidak mengambil berat padanya.
“You ingat I tak tahu you menangis sakan?” ujar Hakim sambil tersenyum nakal.
“Mana ada. I tak menangis eh. Tolong sikit,” balas Nina. Masih cuba berselindung. Dia faham sangat dengan
maksud senyuman Hakim.
“Yelah tu. Bukan main lagi mengutuk I. Ingat I tak tahu ke? I pasang spy okey. You rasa ubat yang you sapu
hari-hari tu sapa yang belikan?” ujar Hakim lagi.
“You ke?”
Hakim hanya tersenyum. Sedar kadang-kadang dia selalu menyakiti hati pujaannya itu tanpa disedari. Seboleh mungkin dia mahu mengelakkan perkara itu. Tapi dia manusia biasa. Gagal lari dari membuat kesilapan.
“Kalau I marah-marah you, bukanlah bermaksud I tak sayang you. I sayang you. Sayang sangat-sangat. I harap you boleh terima kelemahan I ni ya?”
Nina hanya menganggukkan kepala. Tak mampu berkata-kata. Menyedari kesilapannya selama ini. Terlalu mengharapkan kesempurnaan sedangkan dia sedia maklum yang dia sendiri pun selalu menyakiti hati Hakim. Tapi kalau mereka bergaduh, bukannlah bermakna tak sayang. Betul tak? Orang kata benci lama-lama sayang. Gaduh pula boleh mencetuskan bait-bait mesra.
Suriani tersenyum melihat adegan pasangan kekasih itu dari tingkap biliknya. Terasa berbaloi usahanya selama ini menjadi orang tengah. Sahabat mana yang sangggup melihat kawannya bersedih. Lagi pun dia tahu Hakim adalah orang yang tepat untuk Nina.
Tamat.
ps: rasa pelik tulis entry ni. benci and menyampah pun ade sebab rasa fake sgt. Ada suggestion tak untuk perbaiki entry ni? Sumpah lama gila nak siapkan entry ni. Tahnx to my fatty kutty rumate yg suka push utk siapkan.hehehe.