Monday, April 20, 2009

WILL YOU BE MY….?

Linda tergesa-gesa bersiap ke kelas pagi itu. Dia hanya sempat mandi ala kadar saja. Bak kata orang, mandi kerbau. Tapi bukanlah berkubang. Tak payah ceritalah berapa banyak perfume Silky Girl Hope kegemarannya disembur ke seluruh badan. Baju pon pakai mana yang sempat dicapai je.


Adoi, macam mana la aku boleh bangun lambat ni. Tu la mama dah pesan lepas solat subuh jangan tidur balik. Hah, padan la muka aku sekarang. Degil sangat tak nak dengar cakap org tua.


“Linda, cepatlah. Kita dah lambat ni,” jerit Shila dari pintu bilik Linda.


Minah ni ingat aku pekak ke apa? Jarak tak sampai beberapa cm pon nk jerit. Tension tol! Mana lak kad matrik aku ni? Semua pon nak hilang ­time ni. Geramnya!


“Japlah. Aku tengah nak cepatlah ni. Bukannya aku tengah menari-nari pun,”


Shila hanya menarik muka. Melissa yang memerhati sejak tadi hanya menggelengkan kepala sahaja. Nak buat apa lagi kan? Takkan nak menari-nari pula. Mereka dah biasa sangat dengan perangai Linda yang selalu kelam kabut di waktu pagi. Tak tahulah apa nak jadi dengan kawan mereka yang seorang ni. Kelas pukul lapan pagi pon sempat lagi nak tidur lepas subuh. Nak ditegur tapi masing-masing dah besar.


“Hah, aku dah siap. Jom, jom,”


Segera mereka bertiga melangkah ke kelas yang lagi lima minit akan bermula. Kiranya confirm lambat sampailah kan sebab kelas tu ambil masa 10 minit nak sampai. Muka diorang pon dah memang dicop muka datang lambat. Masing-masing senyap je sepanjang perjalanan. Nak cakap pon takde idea.


“Linda, dia kat belakanglah,” cuit Melissa.


“Amenda kau ni? Sape?”


Serentak Shila menoleh ke belakang. Linda buat biasa je tapi dalam hati tak payah cakaplah. Jalan dia pon da lain macam. Konon-konon control la kan.


“Iskandar kat belakanglah Linda,” giat Shila.


“Yeke, yeke? Dia pakai baju warna apa? Ala, tapi kalau aku toleh belakang kantoilah. Kau agak-agak dia nampak aku tak?”


“Mestilah nampak. Bukannya dia dah buta. Eh, baju korang sama colour la. Sukalah tu,”


Linda hanya tersengih. Ala-ala kerang busuk gitu. Maunya tak kembang. Baju sama warna tu! Kiranya bolehlah dikatakan sehati sejiwa. Eleh, perah santan terlebih pula minah sorang ni. Shila dan Melissa hanya tersenyum. Faham sangat dengan Linda yang minat pada Iskandar. 2 tahun belajar di tempat yang sama, baru sekarang perasan mamat tu wujud. Berbakul-bakul pujian dibaginya pada mamat tu. Sejuk mata memandanglah, senyuman manislah, sopanlah, smart la. Kiranya semua pujian bermula dengan huruf S. Tapi seksi taklah. Itu dah lain cerita dah tu.


*************************************************************************************************


Iskandar hanya memerhatikan langkah Linda dan rakan-rakannya dihadapannya. Dia perasan juga sejak akhir-akhir ini selalu sangat terserempak dengan tiga orang gadis itu. Minatnya lebih kepada Linda. Ada sesuatu pada gadis itu yang menarik perhatiannya.


”Is, kelas kat mana ah?” soal Hakim.


“Kelas? Kat Blok 19,” balas Iskandar. Nasib baik rakannya tidak perasan perbuatannya tadi. Kantoi babe!


Kelibat Linda dan rakan-rakannya sudah tidak kelihatan. Mungkin mereka dah sampai ke kelas. Iskandar dan Hakim meneruskan langkah mereka ke kelas. Biar lambat asal bergaya. Lagi pun lecturer mereka dah biasa sangat dengan perangai students yang selalu datang lambat. better late than never kata orang putih. Marah pon tak bagi kesan. Buang air liur aje.


*************************************************************************************************


Kafetaria yang disediakan di kawasan akademik kelihatan lengang. Linda, Shila dan Melissa segera mencari tempat duduk. Kalau lambat nanti, tak pasal-pasal ramai orang. Kelas mereka habis awal, itulah sebabnya kafetaria tu lengang. Selalunya setiap jam kafetaria penuh dengan students yang baru habis kelas.


“Wey, tak nak makan ke?” soal Linda.


“Tak naklah. Aku dah breakfast kat bilik tadi,”balas Shila. Segera dicapainya handphone di dalam poket.


“Lis?”


“Aku nak makan. Lapar dow. Dalam kelas tadi aku dah pikir dah nak makan apa. Dah lah aku tak paham pon apa lecturer tadi cakap.Dia tu syok sendiri la mengajar,” ngomel Melissa. Linda tergelak mendengar ngomelan sahabatnya itu.


“Ceh, aku ingatkan kau faham sangat. Aku tengok kau khusyuk gila tadi. Aku nak tegur pon tak berani,”


“Takde maknanya. Wey, kau nak makan apa ni?”


“Macam biasalah, nasi ayam. My favourite,” balas Linda. Kakinya laju melangkah ke arah gerai yang menjual nasi ayam.


Melihatkan Linda yang telah melangkah meninggalkannya, Melissa melangkah ke arah deretan makanan di kafetaria itu. Dia hanya mengambil makaroni goreng yang nampak macam sedap dan segelas teh tarik. Pagi-pagi macam ni dia memang tak minum air sejuk. Dilihatnya Linda telah bersedia untuk menjamah makanan di meja.


“Kau ni pagi-pagi dah makan nasi ayam. Dah tu tengahari kang kau makan lagi,”


Lunch aku tak makanlah. Larilah budget. Aku bukan apa, aku tak sukalah breakfast dia. Masak macam main-main. Bukannya sedap pon. Pastu harga sampai RM2. Baik aku makan nasi ayam. Confirm sedap, harga pon lebih kurang je,” balas Linda panjang lebar.


“Yelah tu kau. Banyaklah alasan kau,”


Sedang mereka asyik menjamu selera, tiba-tiba ada orang mendekati meja mereka. Pantas Shila menoleh.


“Huh?”


Iskandar hanya tersenyum pada Shila yang memandangnya. Diperhatikan pula reaksi Linda. Eh minah ni, dia wat derk je? Khusyuk gila makan.


“Hai,” tegur Iskandar.


Melissa mengangkat kepalanya. Suapannya terhenti. Tangan Shila pula segera menyiku lengan Linda. Linda yang sedang enak menikmati sup terhenti.


“Apasal kau? Habis tumpah sup aku,” marah Linda.


“Tu, Is!” bisik Shila.


Linda menoleh ke tepi mejanya. Gulp! Dia hanya mampu menelan air liur. Apa mamat ni buat kat sini? Dah lama ke dia berdiri kat situ? Alamak, kantoilah aku makan gelojoh. Adoi, malunya.


“Oh,hai.” Linda berbasa-basi. Cuba menutup kegelabahan dia yang entah dari mana datang. Control babe, control.


“Linda,ermm...sebenarnya saya ada perkara nak cakap dengan awak,” Iskandar memulakan perbualan. Okey. Cool Is. You can do this!


Linda dah tercengang-cengang. Ada perkara nak cakap? Entah-entah…wow, kalaulah betul alamatnya akulah manusia bertuah di dunia ni. Melihatkan reaksi Linda yang hanya senyap, Melissa menyampuk.


“Eh, duduklah,” pelawa Melissa.


“Terima kasih. Ermm.. sebenarnya…,” Adoi betul ke keputusan aku ni?


“Sebenarnya apa? Alah, Tak payah nak segan-segan. Cakap je,” Linda konon-kononnya tenanglah kan. Walhal dalam hati dah lagu rock kapak dah. Jantung tu kalau ada roda confirm terkeluar dari badannya.

Linda mencapai air teh o’ ais di hadapannya. Iskandar yang duduk dihadapannya masih cuba mencari ayat yang sesuai. Tenang Linda, tenang. Jangan tunjuk sangat kau gelabah. Makin laju air di dalam gelas disedutnya.


“Sebenarnya saya nak awak jadi….,” Iskandar terhenti lagi. Alamak, boleh ke macam ni?


Shila dan Melissa yang mendengar pula dah makin teruja. Kalau boleh nak tiup-tiup wisel, ketuk-ketuk drum bagi sound effect sikit. Hari ini dalam sejarah wey! Mamat tu nak confess kat Linda!

Linda pula masih menyedut air minumannya. Cepatlah cakap wey. Jantung aku ni dah laju sangat dah berdegup ni. Takut kena masuk hospital lak kalau kau main-main aci cak macam ni lagi 1 minit.


“Erm…will you be my assistant for CnP department?” Fuh, terkeluar gak ayat tu.


Purrrhhh! Air yang diminum Linda tersembur keluar. Tepat ke muka Iskandar. Shila dan Melissa tergamam. Assistant? What the? Rakan-rakan Iskandar di meja sebelah pula dah bantai gelak. Tergagap-gagap cakap pastu kena sembur dengan teh o’ ais. Imej tercemar babe!


“Ops, sorry, sorry. Tak sengaja. Alamak, macam mana ni?” Linda dah gelabah. Hilang semua debarannya tadi.

Iskandar menyapu mukanya yang basah dengan air teh o’ ais. Bukan teh o’ ais je. Entah-entah campur sekali dengan minah ni punya air liur. Cis, tak senonoh punya perangai. Nasib baik aku bukan minta dia jadi awek aku.


“takpe-takpe. So?” Iskandar masih cuba berlagak tenang. Dalan hati Tuhan ajelah yang tahu.


“Err, takpe la kot. Tak minatlah nak join apa-apa sekarang,” balas Linda. Gila kau nak setuju. Malu kot dah sembur air kat muka orang tu. Dah tu nak kerjasama pula. Macam mana aku nak mengadap muka mamat ni hari-hari? Alamatnya confirm la aku terkeluar dari senarai. Waaaaaa!


“Hmm, okeylah kalau macam tu. Minta diri dulu ye,” segera Iskandar bangun dan melangkah ke arah rakan-rakannya di meja sebelah yang bantai gelak tak habis lagi.


“Alahai, cik abang kita sorang ni kena reject la. Takpe-takpe, meh aku belanja teh o’ ais eh,” giat Aril. Iskandar hanya diam.Disapunya muka yang basah disembur tadi dengan tisu. Dah sembur muka orang, tisu pon tak offer. Apa punya perangailah minah tu.


“Tulah kau. Nak offer orang jadi assistant tapi gaya cakap macam nak ajak jadi awek. Maunya tak tersembur minah tu. Tengah baik punya cover, ko potong stim. Eh, diorang dah blah la,” lagi sekali tersembur gelak mereka. Lawak wey, lawak gila. Lagi-lagi melihatkan memek muka Iskandar yang macam…macam…errr…sila bayangkan sendiri..


*************************************************************************************************


Lepas je Iskandar bangun, kelam kabut Linda mengajak rakan-rakannya pergi dari situ. Malu babe! Malu yang amat dah ni. Macam mana lah aku boleh tersembur air tadi? Sumpah tujuh keturunan aku takkan cakap dengan mamat tu dah. Kalau terserempak pon takde nak pandang-pandang dah.


“Wey, Linda. Kau apasal? Sian dow mamat tu,” tegur Melissa.


“Aku tak sengajalah. Aku terkejut kau tahu tak? Aku ingatkan dia nak ajak aku keluar ke couple ke ape. Dah cakap pon tersangkut-sangkut. Macam susah sangat nak buat keputusan. Alih-alih ajak join event?” Shila tergelak mendengar komen Linda.


“Agaklah. Aku pon dah budget nervous tadi. Hampeh tol mamat tu,” serentak mereka ketawa.


“Tapi confirm la kan aku tak masuk list dia dah. Nampaknya kena cari crush baru lah.” Ujar Linda sambil mencebikkan bibirnya. Buat-buat sedih la kononnya.


Serentak Shila dan Melissa mengangguk tanda setuju. Ada lagi 2 tahun pengajian mereka so maknanya banyak masa lagilah. Satu hilang ada lagi sepuluh yang datang. Tapi datang satu-satulah. Kalau semua datang sekali gus macam mana nak pilihkan? Bagaikan dapat membaca fikiran masing-masing, tiga orang sahabat itu serentak ketawa sampai tukang sapu sampah kat tepi jalan pon pelik. Apahal kono budak-budak ni dari tadi ketawa? Gilo ko po?


THE END


Ps: first cerpen siap. Ni pon spontan je. Oklah tu dari asyek berangan je.heheheeh. (tepuk2 belakang sdr)

7 comments:

Anonymous said...

hahaha. bengong sangat. da la melissa tuh da mmg sah2 'gune' ayat aku. taikucen punye 'an-ni-shi'
hahha.

anywayz,
keep it up2!!! =P

M said...

salam

huhu.. gaya cm is tu ad hati kt linda gk.... start dr assistant... dr situ la dia nk make the move.. tp da kne sembur tu... is pn segan nk tegur pasni ....hahahah

~out~
p/s: "dream more, write more"

anice said...

Ano: haha..idea spontan..anyway, thnx bg inspiration.. =)

M: maybe la kot is ade hati..thnx 4 da comment..oh, berangan mg byk..menulis tu mls..hahaha..

Anonymous said...

structure ok
plot ok.


but there's a flaw in how u use the repetition technique.
u use the same sentence for both dialogue and monologue.
but, as for a short story, to use such repeatition will
draw a conclusion in reader's mind that u're running outta
"adjective phrase" as to lighten up the storyline.

take a look at how u're "adjectize" the situation to lighten up
the storyline with (example) --> "menari-nari"


u use the correct english statement n in good arrangement.
but, sometimes "babe" is used in wrong line.


but anyway, can see very clearly that u're trying to avoid working on
typical plot and how u gushed the joke when the suspend part comes up.
u have ur own style, so keep up with it!

anice said...

thnx ye miss ano..komen yg sungguh membina..huhu..

Anonymous said...

wahh...cerpen ni dri pengalaman idup ke?
:D

emm...since this is ur first experience..
i think this cerpen was so good..
nice..
sedap ntok d bce..
lg2 student like me..wah gitu!!!
haha~

hope..u will keep continue in writing k~
keep in touch..
n success in ur life
:D

anice said...

Ano: maybe yes, maybe not..hehehe..
thanx for the support..
hope you keep reading my blog.. =)