Friday, May 29, 2009

LAYAN AJELAH...

“Kau rasa dia suka aku tak?”


Isha menepuk dahi mendengar pertanyaan itu. Sudah, dia mula dah.


“Sha! Aku tanya kau ni. Kau rasa dia suka aku tak?” rengek Adhiya. Tak puas hati apabila pertanyaannya tidak berbalas.


“Tah…”


“Ala, betul-betullah. Kau rasa dia suka aku tak?” Adhiya masih tidak berputus asa.


“Suka kot,”


“Yeke?” lebar senyuman Adhiya mendengar jawapan dari temannya. Segera dia menyambung kembali aktivitinya yang tergendala tadi gara-gara menagihkan jawapan dari Isha.


Isha pula lega apabila tidak lagi mendengar soalan wajib dari Adhiya. Boleh dikatakan setiap pagi ketika mereka bersiap untuk ke kelas, Adhiya akan bertanyakan soalan yang sama padanya. Sekali dua bolehlah dilayan tapi kalau tiap-taip pagi, hangin jugalah satu badan. Tapi mengenangkan mereka ini kawan tambahan pula sekelas dan sebilik, dilayankan sahaja kerenah Adhiya. Bukannya susah pun, iyakan sahaja.


*************************************************************************************************

“Sha…” tegur Adhiya.


Isha hanya senyap. Malas mahu melayan. Sudah tahu apa yang hendak dikatakan oleh temannya itu.


“Sha…” Isha masih diam. Sibuk dia menempal bedak pada muka putihnya itu. Ditempel-tempelnya lagi untuk melepaskan geram.


“Sha, asal kau diam je? Aku nak tanya ni,”


“Apa benda?” malas-malas Isha menyahut. Nak mula dah la tu.


“Kau rasa dia suka aku tak?” Kan aku da kata. Haish!


“Tak!”


“Hah? Kenapa pula?” Terhenti seketika gerakan Adhiya yang sedang membetulkan tudung yang dipakainya.


“Sebab dia suka kat aku,” balas Isha lagi.


“Yeke? Betul ke ni? Dia tak suka akulah ni?” Adhiya masih lagi tidak percaya.


“Hish, mana aku tahu. Kau tanyalah dia sendiri. Ini tak, tiap-tiap pagi tanya aku soalan yang sama. Setiap kali kau menghadap cermin tu, mulalah keluar soalan tu. Sha, kau rasa dia suka aku tak?” Isha mengajuk gaya Adhiya. Adhiya yang mendengar hanya tersengih.


“Yeke tiap-tiap pagi? Tak perasan pun,” balas Adhiya sambil tersengih. Seolah-olah tidak bersalah. Isha yang mendengar merengus geram.


So, kau rasa dia suka aku tak?”


“Adhiya!!!!!” jerit Isha. Ingatkan dah berhenti, masih menagih jawapan rupanya.


“Okey-okey. Alah kau ni, tanya pun tak boleh,” rajuk Adhiya. Mulutnya dimuncungkan.


“Bukan tak boleh tapi annoying tahu tak?”


“Yela-yela.Lepas ni aku tak tanya dah,” balas Adhiya lemah. Isha buat muka tiada perasan. Malas mahu melayan rajuk Adhiya. Lebih baik dia segera bersiap.


************************************************************************************************

“Sha, kau rasa dia suka aku tak?”


Isha terdiam. Aik, semalam kata tak nak tanya dah. Memanglah kalau dah angau tu, semua janji pun lupa.


“Suka kot,” balas Isha. Malas sudah mahu memprotes. Dilayankan sahaja kerenah temannya yang seorang ini.


Adhiya yang mendengar tersenyum senang. Entah mengapa dia sangat suka bertanya pada teman sebiliknya mengenai hal itu. Padahal bukannya bererti apa-apa pun. Bukannya jawapan Isha itu boleh merubah apa-apa.


Adhiya lebih senang begitu. Menyukai lelaki itu dalam diam. Dia hanya mengetahui nama lelaki itu sahaja. Itu pun sudah cukup baginya. Tidak perlu nombor telefon atau Yahoo Messenger, Skype, Gtalk, MSN atau yang sewaktu dengannya. Dia selesa begini. Malahan bercakap dengan lelaki itu pun tidak pernah.


Pelikkan cinta? Tanpa kata-kata ia datang. Tanpa dipinta ia hadir. Tidak perlu dua atau tiga tahun untuk mengaku cinta. Tidak perlu perbualan panjang berjela untuk mengetahui diakah orangnya. Disaat cinta itu datang, tiada siapa dapat menghalang.


************************************************************************************************

“Sha…”


“Ya, dia suka kat kau,” pintas Isha. Sudah menghafal jaawapan apa yang harus diberi.


“Tak,” balas Adhiya. Dia duduk dibirai katilnya. Mukanya kelihatan tidak ceria. Tidak seperti pagi-pagi sebelum ini. Sentiasa berseri dan bersemangat.


“Kenapa pula?”


“Semalam masa aku nak pergi blok Nana, aku nampak dia dating dengan junior kita,” balas Adhiya.


Isha yang mendengar terkejut. Patutlah muka tu tak bersemangat. Orang yang dipuja sudah diambil orang rupanya.


“Tulah, aku suruh kau tanya dia, berterus-terang dekat dia, kau tak nak. Kan dah melepas,” Isha cuba memujuk. Pujuk ke macam tu?


Adhiya hanya diam tidak membalas. Dengan perlahan dia bergerak ke arah cermin dan menyarung tudung. Tiada soalan yang mahu ditanya pada Isha. Tiada lagi gelak dan tawanya di pagi hari. Senyap sahaja. Isha hanya diam melihat gelagat kawannya itu. Nak kata putus cinta, bercinta pun tak pernah. Putus harapanlah tu.


************************************************************************************************

“Isha, jom pergi makan dekat Kafe Sentosa malam ni,” ajak Adhiya. Jarang dia dan Isha pergi makan disana. Jarak yang agak jauh menyebabkan mereka lebih selesa makan di kafetaria berdekatan asrama mereka.


“Orait. Aku pun dah lama tak makan char keau tiaw,” balas Isha menyokong. Faham keadaan yang dialami temannya.


Selesai makan malam itu mereka berjalan-jalan di sekitar kawasan asrama berdekatan Kafe Sentosa. Sengaja mahu mengambil angin malam. Tambahan pula esok kelas mereka bermula agak lambat.


“Isha, jom kita berikrar nak?” tiba-tiba sahaja Adhiya bersuara. Sudah, apa pula kali ni? Melihatkan wajah Adhiya yang ceria dan tersenyum membuatkan Isha tidak sedap hati. Ini tanda-tanda ada benda merepek yang bakal dilakukan oleh Adhiya. Sudah!


“Berikrar apa benda pula ni?”


“Aku tak kira. Kau kena juga ikut. Jom kita berikrar tak nak couple sampai kita habis study dan dapat degree,” balas Adhiya. Segera ditariknya tangan Isha merapatinya. Kemudian diangkat pula tangan Isha seolah-olah berikrar.


“Apahallah pula kau ni Dhiya?” balas Isha. Masih enggan menurut kata temannya. Dah tak betul ke kawan aku ni? Ni baru putus harapan dah macam ni. Belum putus cinta lagi. Aduhai…


“Takde-takde. Kau kena buat juga. Cepatlah,” gesa Adhiya. Dia sudah berdiri di atas palang ditepi kaki lima jalan itu.


Isha tiada pilihan. Dia mengalah akhirnya. Dihampiri Adhiya dan turut mengangkat tangan.


“Cepatlah,” gesa Isha. Segan pula dia kalau-kalau ada yang lalu lalang nanti. Nasib baik malam ini tidak ramai pelajar yang lalu di jalan ini.


“Okey. Bersaksikan bulan yang mengambang penuh malam ini dan bintang-bintang di langit, saya Adhiya Suraya dan..” Adhiya memandang temannya sebagai isyarat menyambung katanya.


“…Nur Arisha Nabila…”


Adhiya tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulut Isha. Dia segera menyambung.


“…berjanji untuk tidak bercinta dan bercouple sepanjang kami menuntut di universiti ini sehinggalah kami mendapat ijazah. Jika kami melanggar janji ini, kami akan…” Adhiya terhenti. Dipandangnya Isha.


“Akan apa eh?” Isha yang mendengar hanya menjungkit kening.


“Ermm, takde apa-apalah. Okey, dah!” balas Adhiya.


Seketika dia dan Isha berpandangan. Kemudian ketawa mereka meletus. Apa ajelah kawannya yang seorang ini. Ada sahaja benda pelik yang dibuatnya.


“Tahu takut nak sambung part akhir tu,” perli Isha. Adhiya tersengih. Kemudian mereka ketawa lagi.


"Hoi, diamlah!” pekik satu suara. Isha dan Adhiya berpandangan. Meletus lagi ketawa mereka.


“Jom blah wey. Nanti ada pula yang campak kasut kat kita,” ajak Adhiya. Sepanjang perjalan pulang mereka masih lagi ketawa mengenangkan perkara tadi.


Isha memandang Adhiya yang asyik ketawa. Tak faham betul dia dengan kawan dia yang seorang ni. Namun itulah Adhiya Suraya. Nampak normal tapi sebenarnya pelik. Berterus terang tak nak alih-alih furst menonggeng. Lepas itu bolehlah pula nak berikrar tak nak bercinta.


Layan ajelah. Bukannya susah pun kan?

4 comments:

Anonymous said...

amboi2,ni mcm pglmn sndr je.
siapakah jejaka itu didunia sebanar? kah3.
tp, btol la, lyn je la. kesian ro0mate.

anice said...

hurmm..
ni sekadar cerita..
mungkin kebetulan la kot berkaitan dgn sesiapa..
heheheh..
take it easy k..
=p

Nur Arisha Nabila said...

hohahaha.
bongokla ko neh..
hahaha..
asal aa ak x pasan entri ko yg ni aa..

saket prot ak gelak.hahaha.
tongeng... =P

anice said...

ces, seb bek skang ko da perasan..
moti paku bongok?hahaha..
ehem, sedap name... =p

pasni nk tulis cte sentimental plak..
tp adoyai susah wey..
mungkin aku sesuai tulis cte bongok2 je..hahaha..