Sunday, September 27, 2009

Cicak oh Cicak!

Perlahan Alina membuka matanya. Malasnya!!!! Pagi-pagi begini memang seronok berbungkus dalam selimut. Tambahan pula dia uzur, maka tak perlulah dia bangun subuh tadi. Setelah puas menggeliat ke kiri dan kanan, diselaknya selimut dan Alina berdiri di tepi katilnya. Dipandang ke kanan. Ditoleh pula ke kiri. Bersepah!!!

“Mana pula Syiqa ni?” omel Alina sendirian. Semalam tidak pula teman sebiliknya itu memberitahu mahu ke mana-mana.

Selalunya pagi-pagi begini Syiqa ralit di hadapan komputernya. Sejak mula mengenali dunia chatting ini, asyik sahaja Syiqa berchatting sampai lupa siang dan malam. Kalau tak diingatkan waktu makan, agaknya tak makan pun dah kenyang sebab sibuk sangat berchatting.

Alina memerhatikan pula meja kecil yang digunakannya semalam. Berselerak dengan nota-nota, mangkuk yang berisi sisa mee segera dan cawan yang digunakan semalam untuk minum kopi. Semak! Semak! Semak! Segera dicapai cawan itu untuk dibasuh tetapi gerakan tangannya terhenti. Makhluk yang bersenang di dalam cawan itu ditenung.

Diam. Cicak di dalam cawan itu merenung Alina. Alina kaget. Dia merenung kembali cicak itu. Sesi tenung menenung berlangsung selama 10 saat.

1, 2, 3…

“Maisara!!!!!!” bergema jeritan Alina.

Maisara yang dibilik sebelah hanya tersentak. Kemudian dia menggelengkan kepalanya. Apa lagi agaknya budak ni? Ada aje yang tak kena. Dibiarkan sahaja jeritan itu tidak bersahut. Malas mahu bergerak ke bilik sebelah. Disambung kerja melipat baju-bajunya yang baru dibasuh semalam.

Alina pula sudah mula menggigil. Panggilannya tidak bersahut. Traumanya pada cicak menyebabkan dia tidak mampu melakukan apa-apa. Tapi itu cawan kesayangannya. Cawan yang comel bercorakkan gambar gajah dan berlatar belakangkan warna biru. Sungguh dia sayangkan cawan itu. Kalau Syiqa ada, pastu temannya itu sudah membantu dia membunuh cicak itu. Tapi Syiqa tiada sekarang. Maisara pula tidak muncul.

Akhirnya Alina memberanikan diri menghampiri cawan itu. Walau apa pun yang terjadi, dia mesti menyelamatkan cawannya yang sudah tercemar dengan kewujudan cicak itu. Perlahan-lahan Alina merapati meja kecil itu. Ketika tangannya mahu mencapai cawan itu, entah dimana silapnya cawan itu terjatuh dan pecah.

“Prang!!!!”

“Arghhhhh!!!”

Bunyi cawan pecah dan jeritan Alina serentak bergema di dalam bilik kecil itu. Maisara segera berlari ke bilik Alina. Bimbang perkara buruk berlaku.

“Kenapa ni?” soal Maisara. Dilihatnya serpihan kaca ditepi meja kecil yang sudah senget sebelah dan juga Alina yang berdiri kaku memandang serpihan kaca itu.

“Kenapa dengan kau ni? Kenapa kau menjerit?” soal Maisara lagi.

“Mai, cicak…cawan..” jawab Alina. Tapi dia masih memandang serpihan kaca itu.

“Cicak? Cawan? Aku tak fahamlah.”

Pandangan Alina dialihkan pada Maisara. Diraupkan muka sekali dan dihembus nafas sebelum memulakan bicara.

“Tadi, aku bangun tidur. Pastu bilik bersepah. So, aku nk kemaslah. Aku nak basuh cawan ni tapi bila aku tengok, ada cicak dalam cawan tu. Kau pun tahu aku ni takut cicak. Syiqa pula tak ada. Kalau dia ada, boleh la dia tolong. So, bila aku nak ambil cawan tu, tiba-tiba je tah macam mana meja tu senget pastu cawan tu jatuh. Pastu pecah. Cawan aku!!!!”

Alina memandang Maisara dengan pandangan sedih. Cawan gajahku!!!

Maisara hanya tersenyum. Macam-macam kerenah. Ada sahaja drama Alina. Tak pun Syiqa. Kadang-kadang Alina dan Syiqa bergandingan membuat drama swasta mereka. Penontonnya dialah. Tapi dilayan sahaja kerenah mereka berdua ini. Sebagai hiburan sampingan.

“Takpelah. Dah tak rezeki. Kemaslah. Tak payah sedih-sedih. Boleh beli lain,” pujuk Maisara.

“Mana ada jual dah cawan macam tu. Free gift tu tau. Aku menang masa family day,” omel Alina. Perasaan kesal masih menebal dalam dirinya.

“Takpelah, dah la tu. Kemas cepat. Pastu pergi mandi. Anak dara apa ni bangun lambat, mandi lambat,”

“Anak dara Pak Aziz,” balas Alina sambil tersengih. Ada aje yang nak dibalas. Maisara tergelak kecil mendengar jawapan Alina. Dia kembali menyambung kerjanya melipat baju yang tergendala tadi.

******************************************************************************
Alina elok berbaring di atas katil Suraya. Suraya yang leka menaip sesuatu di komputer ribanya ditoleh sekilas. Dicapainya anak patung zirafah diatas meja Suraya.

“Yaya, kau tau tak..”

“Tak,” sampuk Suraya. Dijelirkan lidahnya pada Alina.

“Hish, memanglah. Ni aku nak cerita ni,”

“Hurmm, ceritalah. Aku dengar ni,”

“Haaa, semalam. Aku bangun tidur. Cawan gajah aku tu aku tak basuh lagi. Malam sebelum tu aku minum kopi. Tau-tau jelahkan kononnya nak stay up. Tapi pukul 12 aku dah tidur. Tipu betullah kopi tu. Tak jalan pun. Aku yang jalan adalah,” cerita Alina. Diramas-ramasnya anak patung di tangannya.

“Pastu?”

“Pastu masa aku nak capai cawan tu, tiba-tiba ada cicak dalam tu. Eiiii, aku dahlah geli dengan cicak. Aku jerit panggil Mai tapi dia buat derk je. Syiqa pula takde. Nak tak nak aku kenalah buat sendiri halau cicak tu. Elok aku nk ambil cawan tu, meja tu senget pastu cawan aku pun jatuh,”

“Then?”

“Then pecahlah! Alaaaaaaa….cawan kesayangan aku tu,” balas Alina. Disebikkan mukanya mengharapkan simpati temannya itu. Alina bangun dari pembaringan mahu menghadap muka Suraya tetapi…

“Arghhhhhh!!!!!!!!!!!”

“Hahahahahahahah…”

Alina kelam kabut berdiri di tepi katil Suraya sambil mengibas-ibaskan tangannya. Cicak yang elok duduk di tepi pembaringannya tadi kaku tidak bergerak. Suraya pula sudah menekan-nekan perutnya menahan sakit akibat gelak yang terlampau.

“Yaya!!!!!”

Suraya hanya tersengih. Rancangannya berjaya! Ketika Alina sibuk bercerita tadi dia tiba-tiba teringat koleksi cicak getah kesayangannya. Diletakkan senyap-senyap ditepi Alina. Mahu melihat reaksi temannya.

“Cicak tipu jelah. Penakut!” Suraya mengangkat cicak getah itu.

Alina menhampiri Suraya perlahan-lahan. Dipegangnya cicak getah itu. Sambil itu Suraya mengeluarkan lagi dua ekor cicak getah.

“Aahlah. Getah je. Tapi macam betullah. Eh, banyaknya. Tak geli ke?” Suraya hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
Alina merenung cicak getah itu. Getah pun nampak macam palsu. Kalau tengok lama-lama ni, boleh meremang juga bulu roma ni. Tiba-tiba terlintas idea di kepalanya.

“Yaya, pinjam kejap boleh?”

“Nak buat apa?” Soalan Suraya hanya dibalas dengan sengihan panjang dari Alina.

“Adalah tu. Ambillah tapi jaga elok-elok tau. Tu kesayangan aku tu,”

“Orait. Aku balik dululah eh,”

Segera Alina keluar dari bilik Suraya dan menuruni tangga ke tingkat satu. Dikepalanya sudah tersusun rapi rancangan mahu mengenakan Syiqa. Walaupun Syiqa tak takut cicak, tapi minah tu cepat terkejut.

Sebaik sampai di tingkat satu, dilihatnya teman-temannya yang lain sedang bergelak ketawa. Kelihatan dari jauh Ain berjalan seperti peragawati. Alina berhenti seketika cuba menganalisa apa yang sedang berlaku.

“Eh, Alina la. Alina, tengok ni Ain jadi model,” jerit salah seorang diantara mereka.

Alina tersengih. Peluang! Dia berjalan ke arah temannya yang lain sambil mengangkat tangan menunjukkan sesuatu. Mulanya mereka pelik melihat Alina menggoyangkan sesuatu ditanganya. Semakin Alina menghampiri mereka barulah mereka sedar rupanya sesuatu itu adalah cicak! Serentak bergema jeritan dan mereka semua lintang pukang berlari masuk ke bilik masing-masing.

“Hahahahahaha,” Alina gelak sakan. Kelakar melihat aksi rakan-rakananya. Rakan-rakannya perlahan-lahan keluar apabila mendengar gelak Alina.

“Cicak getahlah. Kau orang semua tunggu kat luar ni. Aku nak masuk bilik kenakan Syiqa,” arah Alina sambil memulas tombol pintu. Rakan-rakan yang lain hanya mengiyakan kepala. Menanti mangsa seterusnya pula terkena.

Di dalam bilik, Syiqa sibuk berchatting. Headphone di telinganya menghalangnya mendengar kekecohan yang berlaku di luar bilik tadi. Alia perlahan-lahan mendekati Syiqa. Diletakkan seekor cicak di atas kepala Syia. Ekornya dijulurkan ke dahi Syiqa. Seekor lagi di atas meja dan seekor lagi di atas bahu Syiqa.

1 saat..

2 saat..

3 saat..

4 saat..

5 saat..

Tiada apa reaksi dari Syiqa. Masih asyik dalam dunianya sendiri. Alina mengalah akhirnya.

“Boringlah kau ni,” ujar Alina sambil menepuk bahu Syiqa. Syiqa yang terkejut menoleh.

Sebaik sahaja Syiqa menoleh, dia terasa ada sesuatu di kepalanya. Dipegangnya. Syiqa melihat apa yang berada di dalam tapak tangannya.

“Arghhhhhh!!!!” Syiqa mejerit sambil mengibas-ngibas kepalanya. Jeritan bertambah kuat apabila dilihatnya ada seekor lagi cicak di atas mejanya. Serentak Syiqa berdiri dari kerusi.

“Hahahahaha,” ketawa Alian meletus. Dia sudah terbaring di sebelah Syiqa sambil gelak berdekah-dekah.

Pintu bilik mereka dibuka dari luar. Rakan-rakannya yang menanti jeritan Syiqa tadi membuka pintu apabila terdengar jeritan Syiqa. Kemudian Alina bangun dan menjerit ke arah Syiqa.

“Lu kena beb!!!!”

No comments: